CLUTCH BIRU CORAK DINASOUR

Macam style pencil case saya zaman belajar dulu,
kene cari yang besar ...
pasal senang untuk letak kalkulator sekali.
Viral kisah  wanita pertama Singapura yang sangat sempoi menjinjing clutch bag yang langsung tidak berjenama semasa lawatan rasminya ke White House Amerika.  Rata - rata orang memuji sikap Ah Soh ini termasuklah saya sekali. Biar betul dia masuk White House bawa clutch biru bercorak dinasour?

Terpempan saya seketika. Saya scroll balik berita yang saya baca. Kot - kot laa saya salah faham. Ulang baca, ayat masih sama, pemahaman tidak berubah. Okey sungguh sungguh ini Ah Soh sangat bijak. Maybe bukan dalam soal gaya tapi dalam soal mainan politiknya . Ya Autie you juara. Dengan bermodal SGD14.80 kini you dikagumi rakyat serata dunia.

Walaupun barangkali di rumah Auntie Ho Ching ada seribu handbag berjenama, tidak mengapa. Rakyat tidak nampak, saya juga tidak mengetahuinya. Apa yang kami ingat cuma clutch dinasour itu juga. Lambang pemimpin ulung yang cukup humble, gaya tidak perlu berlebih untuk beliau dipandang tinggi. Sesungguhnya ilmu itu benar dapat memuliakan manusia.

Kepimpinan itu ditunjuk bukan melalui harta, pangkat dan darjat kebesarannya, tetapi kepimpinan itu ditunjuk melalui contoh teladan dan tauladan yang bermula dari diri pemimpin itu sendiri. 

Cukup.

Tak payah nak buat perbandingan antara Ah Soh Ho dan Kak Jemah yang duduk atas singgahsana.
Namy, tolong cermin diri kau sendiri. Agaknya, kau lebih menyerupai mak sedara kau Kak Jemah tu atau siapa? 
Namy, realitinya kau bukan sesiapa, kau kerja pun bukan boleh buat banyak duit, maka kau belanjalah berpada - pada. Tak payah nak beli handbag mahal2 lagi. Pasal orang tahu kau tak mampu. Kalau bag kau cantik sangat sekalipun, pasti orang yakin kau beli kat Uptown kan? Walaupun sebenarnya tanpa mereka sedari, dalam nak mendapatkan yang ori tu, kau dah 3 bulan sesak ! 

SALAM NUZUL QURAN


Di bulan Ramadhan turunnya Al Quran. 
Kitab yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia. 
Yang menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.

Selamat menjalani ibadah Puasa. 
Lebihkan amalan yang baik hari demi hari.

BACK IN ACTION!

Bismillahirahmanirrahim.



Lamanya blog ini tidak dijaga rapi. Tuan empunya diri terlalu penat dan letih sepanjang 2 bulan yang lalu. Pelbagai cabaran dan ujian hidup dihadapi. Semuanya bagai merencatkan kelincahan jemari untuk terus menari atas pentas keyboard yang hampir mati. 

Itu cerita dua bulan yang berlepas. Cerita sekarang, saya telah bangkit dari hibernasi. Maka lepas ini, saya akan terus mengupdate cerita - cerita hidup saya disini dengan rancaknya. In syaa Allah. Moga esok, jika saya lupa, saya boleh ulang baca blog sendiri untuk kenali diri. 

Don't Quit.