LIEBSTER AWARD

DI TAG OLEH CIK DENA
OK ini adalah Liebster Award saya yang ke2. Oh sungguh teruja nak jawap.
FIRST ROUND - AWAK TANYA SAYA JAWAB

Dena Tanya  :  Apa matlamat hidup saya?

Namy Jawab :  
Matlamat hidup saya mudah sangat, tapi sukar untuk dilaksana. Saya mahu menjadi manusia yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, bangsa & negara.

Dena Tanya  :  Saya ini anak nombor berapa & apakah peranan saya?

Namy Jawab :  
Saya anak tunggal. Maka peranan dan tanggungjawab besar. Apa yang anak sulung kena buat, saya pun kena buat, apa yang anak tengah patut buat, saya patut buat juga, apa yang anak bongsu wajib buat, pun saya wajib buat juga. Kesimpulan jangan fikir jadi anak tunggal ini cengeng belaka sahaja hidupnya. 

Dena Tanya  :  Pernahkah saya bercinta?

Namy Jawab :  
Pernah.

Dena Tanya  :  Kalaulah saya jumpa anak kucing yang tengah menangis, apa akan saya buat?

Namy Jawab :  
First saya akan tanya kucing itu kenapa ia menangis. Kemudian tengok - tengoklah apa telah terjadi kepada ia, patah kaki ke, luka ke, lapar ke?  Actually saya tidak pernah nampak kucing menangis, selalu nampak kucinng ada banyak tahi mata sahaja.

Dena Tanya  :   Apakah game yang saya minat?

Namy Jawab :   
Game yang kena design, decorate and build something based on my own preference. Sebabnya, saya boleh bereksperimen dengan idea sendiri dan idea orang lain (tengok neigboorhood buat macam, apa yang baik kita ambil)
                          
Dena Tanya  :  Pandangan Saya tentang blog Cik Dena?

Namy Jawab :  
Sekali pandang terus jatuh hati. Sebab backgroundnya sweet dan yang penting tiada lagu yang bingit.

Dena Tanya  :  Nasihat untuk Cik Dena?

Namy Jawab :  
Selamat berjaya untuk segala apa yang Cik Dena usahakan =)

Dena Tanya  :  Best ke tidak ke tag dengan Cik Dena?

Namy Jawab :  
Tentulah seronok. Ada juga orang ingat dekat kita =)

Dena Tanya  :  Ada tak saya minat gila - gila dekat mana- mana artis?

Namy Jawab :  
Ya ada. Saya peminat Lee Dong Wook. Sebab LDW sangat handsome & manis, Gilanya, sampai tahap, saya wish kalau ada anak lelaki suatu hari nanti saya hendak anak saya muka macam LDW. Tapi saya telah dinasihatkan oleh kawan baik saya, agar melupakan segala angan2  itu kerana jika anak saya bermuka LDW orang pasti akan tertanya - tanya siapa bapanya.  Kueng kueng kueng..

Sekian Saya Menjawab.

SECOND ROUND - SAYA TANYA AWAK JAWAB

  • Jika bulan jatuh ke riba, awak jatuh ke mana?
  • Jika pungguk rindukan bulan, awak rindukan siapa?
  • Jika layang - layang putus talinya, awak putuskan apa?
  • Jika sireh pulang ke gagang, awak pulang ke mana?
  • Jika ayam disambar helang, awak disambar siapa?
  • Jika kacang melupakan kulit, awak melupakan siapa?
  • Jika halilintar membelah bumi, awak membelah apa?
  • Jika Belanda meminta tanah, awak meminta apa?
Saya harap, awak semua yang ditag, sudi meluangkan masa dan tenaga untuk menjawab soalan Liebster Award yang saya kemuka. Jika anda telah menjawabnya, jangan lupa tinggalkan mesej kepada saya diruang komen, atau diruang cbox. Terima kasih.

Terima kasih sekali lagi dan Assalamualaikum.